Sunday, June 22, 2014

Chalet Celi Latar Kemesah



Teringat zaman sekolah rendah dulu-dulu. Rumah ierah dekat je dengan kawasan air terjun. Masa tu duduk dekat Beruas, Perak. Kalau ada yang tahu la Beruas tu sama macam pekan koboy. Kira lambat membangun. Kalau cuti weekend atau cuti sekolah selalu keluar pergi mandi latar Alaga @ kawasan estek dekat rumah. Kira-kira 10 minit dari rumah kalau naik moto atau kereta. Tak pernah lagi la ierah nak gagah pi jalan kaki.


Jadi hari sabtu yang lepas dapat merasa kembali zaman keanakan tu balik. Yang Ierah ingat last day ierah mandi latar dekat Kelompang Tanjung Malim. Waktu study dekat sana. Lepas tu dah takde dah nak layan tempat macam tu. Kalau pergi pun mesti pergi pantai. Ha.. nampak kan kemainnya.


Lokasi yang ierah pergi ni dekat Kemesah berhampiran dengan Zoo Negara. Seriously memang tak ingat jalan. Sebab tido je dalam kereta. Kereta jalan mata pun jalan. Port yang dipilih di Chalet Celi. Kawan punya tempat. Tapi memang memuaskan.

Chalet Celi, Kemesah.



Kalau dilihat memang tempat mandi tak de banyak batu. Memang suka sangat. Kalau ada batu leceh sikit. Sakit kaki. Tapi terlebih batu boleh urut kaki free plus jatuh tergolek plus berdarah kaki.




Yang ni orang cakap kerja terlebih rajin. Jangan buat dekat rumah semua masak dekat sini. Selamat nasi goring pun tak masak dekat sini. Kalau tak.. boleh buat pertandingan jaguh kampun.






Kalau korang berminat nak datang sini kenalah book awal sebab tempat dia sentiasa full dengan customer.






Selain tu ada kejutan buat kawan ierah. Kami dah plan nak sambut birthday dekat sini. Jadi kejutan tu Berjaya sebab membe memang tak tahu langsung. So, memang surprise la ye kena mandi tepung cap sawah. Okey tepung tu halal ye. Hihi.



Jadi sebelum Ierah buat entry ni. Ierah tanya dulu boleh ke nak masukkan gambar dia. Kalau dapat green light ierah masukkan. Sekarang dah dapat green light maknanya boleh la ye.

Budak tu kesian ingtkan dapat tiup lilin sama-sama. Aleh-aleh terkena mandi tepung kali kedua serangan garuda.



Tengok muka blur ja. Kesian…T_T

            Bagi kebiasaan kalau masuk lepas air naik mesti makan kan. Lepas makan masuk dalam air balik. Naik balik udahh lapar balik. Memang pegi mandi ada misi nak tambah berat badan bertan-tan.






            Apa – apa pun memang enjoy la. Sebab sebelum Ierah datang memang ierah tak minat nak datang tu pun membe ajak. Jadi dalam hati “Kerana Terpaksa Aku Relakan”. Bila dah sampai best pulak. Hilang sudah terpaksa tu. Jadi “Aku relakan”.

Monday, June 9, 2014

WINGS Versi Tanpa Distortion


Assalamualaikum semua, first pergi konset besar-besar ni. Ierah nak shared sikit pengalaman pegi Ierah. Selalunya kalau pergi konset orang akan pilih yang best-best tapi pergi macam bidan terjun coz dapat tiket orang belanja jadi kena la pergi. Lagi pun dekat je dengan rumah Ierah dekat Putrajaya je


Jadi ni konset Rock kental punya. Korang mesti kenal kan. Time pergi tu memang risau jugak la sebab aku pergi tak de baju rock-rock ni. Pakai ala kadar  ja. Baju santai kataye. Okey, Konset yang Ierah pergi ni konset Wings versi tanpa Distortion. Kali ni persembahan Wings versi unplugged. Buat pertamakalinya Wings tampil buat persembahan kepada peminat beliau berkonsepkan retrospektik akuastika. Jadi seat duduk semua tarak diri-diri. Memang santai, duduk je. Jadi risau  hilang sikit bila sampai sana sapa-sapa yang nak dapatkan koleksi baju, gift kea da dijual sekali. Tapi Ierah tak beli la. Jimat kata kau.




Kumpulan WINGS - (Awie, Joe, Edie & Black)
Tempat - Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Tarikh / Masa - 8 Jun 2014 / 8.45 Mlm
Tiket - RM 99. RM 149, RM 199, RM 249 & RM299



Nak tangkap gambar dekat baner tu ramai sangat. Banyak sangat perminat rock yang datang. segan pulak sebab pakai santai je. Takpa-takpa orang cakap sempoi.

 


Taime ni kerusi banyak kosong. hehe. Tapi memang belakang Ierah kosong pun. yang lain ada orang jugak.




Akak aku yang terpaksa ikut aku ni terlebih excited pulak bergambar. Time pi cakap malas. Aleh-aleh dia yang over. Bila konset dah jalan dia pun turut jalan. (Tido rupanya) Teruk-teruk.



Tak sure pulak video yang ni panjang ke pendek. Nanti Ierah masukkan yang panjang sikit.

Bila dengar keluhand dari artis tentang keluaran album yang dipasarkan kurang dapat sambutan disebabkan ramai yang beli cetak rompak, download secara haram banyak lagi la. Jadi banyak kerugian daripada mereka. Jadi sebagai pengguna yang betul-betul bijak perlulah menggunakan peluang yang ada memajukan industri musik tanah air. Jangan duk downlod dah ye. 

Itu aje sihh... Ada story cite lagi..

Tata.. ^_^


Thursday, June 5, 2014

Pemilihan Color Blocking

Semua akan tanya apakah color blocking? Okay, nak bagi tahu sikit je color blocking merupakan kombinasi pelbagai warna. Kombinasi warna tersebut membantu menyokong antara satu sama lain. Tapi cara pemilihan color blocking mesitilah bersesuaian dengan warnanya.






CONTOH KOMBINASI WARNA MENGIKUT KEADAAN SEMASA
Pink + Pasterl : ‘Chic’, Bergaya Nampak Ringkas
Kuning + Biru + Pink : Manis Nampak Menggembirakan
Merah + Pink : Berani & Kelihatan Ayu
Biru + Merah + Kuning : Ranggi & Kelihatan Bersahaja
Merah + Kuning : Berani Mengambil Risiko, Bergembira & Bijak Bergaya
Biru + Merah : Setia & Kelihatan Klasik
Kuning + Biru : Ceria Tetapi Klasik
Biru + Oren : Bebas Nampak Penyayang
Magenta + Hijau : Tenang Kelihatan Feminin
Ungu + Kuning + Biru : Berani & Humor
Pink + Ungu + Merah : Setia & Sofistikated
Kuning + Hijau : Tenang & Pendam Perasaan
Oren + Pink : Comel, Gembira & Artistik
Kuning + Oren : Mesra & Peramah






Kombinasi warna biru, merah dan kuning menampakkan seorang itu ranggi dan bersahaja.





Kepada sesiapa yang minat untuk menggayakan mengikut fesyen terkini, color blocking dapat membantu anda dalam menggayakan pelbagai warna mengikut keadaan sekeliling.

Selamat mencuba ^_^