Thursday, August 7, 2014

Eid Mubarak Mun Sulaiman

Assalammualaikum Wbt. Hai semua. Rindu korang semua. Baru sekarang boleh nak tengok blog. Supp..Supp. 

Pertama kali bagi entry yang diposkan hari ni. Mun nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri."Taqqoballahu Wa Minna Waminku" minal aidilwafaizil  terutamanya kepada muslimin muslimat. Kepada kawan-kawan blog, pembaca-pembaca blog saya. Ampun maaf jika dalam penyampaian saya ada menyentuh hati dan perasaan anda semua dari semua aspek. Jadi kita tak tahu apa salah kita. Kita minta maaf semuanya.

Habis sudah sesi bermaaf- maaf. Sekarang semua kawan-kawan blog berkongsi suka duka di blog anda.  Apa yang duka sekarang apabila kita dengar, lihat dan merasai kedukaan saudara islam kita di Gaza yang sedang berperang jadi sama-samalah kita sedekahkan 


Al-Fatihah For Gaza

Jadi tak salah la kalau kita berkongsi sama-sama suka duka bersama kita.

Bab yang gembira Mun nak kongsi dekat sini sekarang. Bila tahun ni dapat cuti raya yang panjang sampai raya ke7 jadi rasanya kebanyakkan pekerja ambil peluang nak dapat cuti panjang ni. Tahun ni Mun beraya dekat Taiping tak jauh mana memang pusing Taiping la kan. Lain la kalau dah kahwin. hui..hui..

Raya tahun ni pun tak lengkap jugak keluarga Mun bila akak yang sulong nak bersalin dekat Putrajaya. Kampung Mun dekat je. Boleh pi balik tiap hari tu yang best sangat. Tapi time-time kecik dulu best la kalau tidur dekat kampung sebab tak ramai sangat. La ni sepupu pun ramai dengan anak buah lagi. Memang padat. Kalau time mandi mau beratur sampai ada kena bangun kul 5. Tu boleh terima lagi. Yang kedegaq nak bangun mandi awal pun ada. tu yang susah sebab pakat berebut la jawabnya

Tapi tu semua dulu. sekarang tak dah. Sekarang nak main bunga api pun doh segan. Tengok jela.

First raya memang dekat rumah sendiri. bila dah dekat  tengah hari bergegas la balik kampung. Yela awal-awal sembahyang raya. Jadi jiran-jiran kebanyakkan beraya dengan family kira saudara masing-masing la. Jadi yang datang rumah kebanyakkan budak-budak dekat kawasan rumah la. Nak beraya + duit raya le. 




Jadi dekat kampung tok ramai la sedara yang balik. Jadi boleh la bersalaman time tu. Kalau korang nak tahu time buat entry raya ni la macam-macam jadi bila gambar raya dalam nset ni hilang. Err.. geram betul. terpaksa contact cousin nak semua gambar raya.

Kemain kan kalau tengok pic ni. Yang ni first raya Mun. Kebanyakkan dalam gambar ni cousin Mun sendiri. Takde orang lain.

Tengok udah melentik semua sampai senget mulut-mulut tu. hihi.


Raya ke 2. memang duduk rumah. Sebabnya buat open house sikit. Kalau nak tangkap gambar tak sempat le. Mun duduk dekat dapur je. Kalau tengok macam bibik tau. duk siang ayam. Sebab hari ni ada orang datang merisik. Jeng..jeng.. bukan dengan Mun. Dengan akak Mun yang tengah.






Yang ni raya ke 3. Rumah tok saudara. Saya masih ada tok ye.. Amin.. 
Kalau nak tahu kebanyakkan baju raya tahun ni Mun beli Online je. Raya pertama, ke 3 dan ke 6 Mun beli dekat Poplook.com .Raya ke 2 beli dekat Butik Al-amin. Jubah hitam yang raya ke 4 tu hadiah dari mak time dia pergi umrah sebelum raya tahun ni. 

Raya keempat. lalala.

Ngeee.. bila si kenek berpost

 Kan gua dah cakap sama lu. Memang gua kecik. hihi. Okay, antara sepupu semua Mun yang kecik saiznye.. tengok pipi pun tembam. nga..nga.




Baju ni je yang ditempah sendiri. Kira jadi la ye dari tak ada. Lagipun kain dia tak berapa besar sebab tu dia tak beralun.. Kalau nak tempah lepas ni tau dah la macam mana.hihi. Jadi kalau nak tahu lebih lanjut tentang saya. bolehlah ke Instagram @ierahsulaiman



Yang ni time raya ke 6. Aliaa pun dah besar. Pandai selfie dah sekarang ni. Gara-gara berjangkit dengan sepupu dia yang sempoi macam Mun ni. Hahaha


Ngee.. sekarang dah start kerja. Mood raya stay lagi ada ni. Cepat-cepat sapa-sapa yang buat open house jemputlah saya. yuuu...


Haa.. jangan salah saya kalau jadi seperti gambar dibawah. Nak tau sebab apa. Lepas ni bayak la jamuan dekat Office ni. Jadi kena siap sedia nak pi berperang makan sampai buncit. Sementara tu jom pakat ramai-ramai puasa enam sementara masih ada ni.


Selamat Hari Raya Aidilfitri. Minal Aidil Wafaizil. Assalammualaikum. Jumpa next entry ye.