Thursday, February 11, 2016

Resepi Mudah Udang Masak Lemak


Untuk tahun ni aku malas sangat nak update blog. Sebab dah start kerja bahagian yang busy. Jadi nak up status baru aku mulakan dengan resepi mudah kepada korang yang baru nak belajar masak tambah-tambah yang baru nak pegang senduk or kuali dekat rumah.

...................................

Bila dah korang dah baca search blog aku ni  mestila aku nak ajar korang buat Udang Masak lemak. Tak kisah la korang nak buat masak lemak ayam, daging ke what ever la kan. Sekarang ambil nota masing-masing tulis resepi ni tau.

Bahan-Bahan

* 2 Bawang Merah 
* 1 Bawang Besar
* 3 atau 4 Cili Hidup
* 1 inci Halia
* Belacan
* Kacang Buncis
*Udang / Ayam / Daging / Ikan
* Santan
* Gula
* Garam
* Kunyit atau Kunyit hidup (Ditumbuk)

Cara-Caranya:-

1. Bawang Putih, bawang merah, halia, cili hidup dan belacan di kisar atau ditumbuk (kalau rajin ye)
2. Masukkan bahan yang dikisar kedalam kuali. Tambahkan air sedikit dan panaskan dengan buka api yang tidak terlalu besar.
* Masak bahan yang di kisar masak terlebih dahulu. Bagi naik bau. Ermm. konpem bau satu rumah. Haha~
3. Jika anda menggunakan ayam, daging masukkan terlebih awal supaya masakkan menjadi empuk. Masukkan udang. Tunggu beberapa minit.


Ni contohnya tau. Tapi aku guna kunyit yang nak goreng ikan tu. masukkan sikit dalam kuali korang tu bagi kuning.

4. Masukkan santan pekat ke dalam masakkan. Korang kena pandai agak ye nak bubuh santan jangan terkurang nanti ceroi masak lemak korang. Bagi banyak sikit.

5. Kemudian masukkan sayur. Kacang buncis, Masukkan gula dan garam secukup rasa.
6. Masak sehingga masak tau!! Jangan tak masak pulak.

* Selamat mencuba ye. Mudah kan.