Monday, May 30, 2016

Hiking Mount Nuang

Assalamualaikum w.b.t

Ini pengalaman aku yang pertama dalam pendakian (Hiking). Alhamdulillah dah bertahun-tahun mengajak member dari tahun 2013 hinggalah tahun 2016. Merasa jugakkala nak hiking tinggi-tinggi. Walaupun cadangnya nak naik Bukit Broga dekat Semenyih je. Aleh-aleh dapat naik gunung terus. Hahaha.


 


Ni view dekat atas Gunung Nuang. Sebenarnya aku daki tak de la sampai ke puncak pun. Rezeki tak de. Masa perjalanan tu pun ambil 2 jam. leader cakap naik sampai kem Lolo sahaja. Aku fikir jugak kem Lolo tu bahagian mana??


Aku sebenarnya demam. Dah tiga hari demam. Tapi hati ni nak pergi jugak sana sebab ada member yang pergi. Malam tu aku pack barang aku sikit-sikit. Aku buat macam ni kalau sihat aku pergi, kalau tak aku duduk rumah. Tidur dan rehat.huhu.



Kalau pergi dapat baju, kalau tak pergi tak dapat baju.
MOTIF Sangat!!
Aku nak baju free.


Gambar ni diambil bila kitaorang sampai dekat bawah. Belum daki lagi.

Pagi tu pergi jugak sebab dah rasa diri tu sihat sangat. Tapi badan macam lemau je. Pukul 6 aku mandi siap-siap semua gerak pergi 7Eleven semata-mata nak cari baju hujan murah RM3.50. Sampai office berkumpul, than tukar baju. Yeah dapat baju FREE.

Perjalanan kami bermula. Time ni mendaki seperti bersiar-siar di dalam hutan. sebab dia sediakan jalan berturap. Cantik baqhang. Kalau sampai atas bukit macam ni aku suggest korang naik motor je. Tapi tak lama sebab tak lalui jalan yang cantik kan. Macam orang cakap hidup tu tak berapa indah. coii.
Mengambil macam hampir 2 jam kami sampai ke Kem Lolo dengan perjalanan yang kurang pendakian tak bergitu mencabar.



Aku ingat ada la lagi pendakian nak naik. Sebab tak berapa mencabar langsung walaupun naik nak minta orang tolak bontot dekat belakang. Sebab letih berjalan.
 Jadi leader kami cakap dekat sini je pendakian kami. Okey boleh buat khemah. Lepas tu makan dan mandi. Time tu semua ada yang syok ada yang allllaaaa. "Nak daki lagi"


Dekat Kem Lolo yang pertama ni takdak view yang cantik selalin hutan kiri dan kanan. Jadi korang nak gopro bagai. Kenalah panjat pokok dan selfie seperti Monyet. Korang boleh ajak monyet-monyet berwelfie bersama-sama. 



Sementara tunggu kawa-kawan sampai makan dahulu sate. Sate ni sebenarnya kawan yang bawak. Beria-ria bawak takut lapar dan tak cukup makanan.



Kalau diperhatikan dekat papan pelan laluan dakian ni. Korang akan berada di bahagian gambar orang duduk peach tu. Selama dua jam kami daki baru sampai situ. Heran eh..


Disebabkan ramai yang tak dapat kepuasan mendaki leader kami mintak kebenaran untuk mendaki ke atas lagi. Dikatakan ada air terjun kat atas. Okey kita tunggu dan lihat ada ka tarakkk.


Rajin diorang pasang khemah.


Rajin aku ambil gambar orang. hahax



Tadi kan gambar sebelum mendaki. Yang ini semasa sampai Kem Lolo. Apa yang korang nampak semua muka letih-letih dan meminta penampar.



Yang ni tak tipu. Memang ada air terjun yang cantik beb. Seronok diorang mandi. Tak dalam langsung. 


Aku suka gambar ni Smart gilo.


Akhirnya, berjaya juga hakak naik Gunung Nuang."Soaring Upward"
Poyo sangat kau jahh.

Tata!!

No comments:

Post a Comment