Sunday, January 8, 2017

Alone with Maxwall Hill

Assalamualaikum.
Kesampaian nak bercerita tak sempat. Sejak bertukar tempat kerja baru since awal bulan 12. Jadi kerja baru tak menghadap komputer, nak duduk dalam aircon sambil goyang kaki dah tak de dah. Sejak balik Perak memang duduk rumah, rasa sunyibyang teramat. Sebelum ni boleh merayap kan. Sekarang tak. Tapi rasanya nak cerita dekat entri lain.
Kalau sapa-sapa duduk Taiping. mesti pernah naik ke Bukit Larut. Tapi sis memang baru naik dah menetap lama. Sampailah bekerja dekat Putrajaya. Memang puncak Bukit Larut tak pernah nak naik. Tapi kali ni ada peluang. Walaupun naik seorang.

Maaflah kalau gambar ada senget-senget. Sebab pakai nset je nak story -mory.

Naik jam 9.30, sis memang prepair beli tiket jeeb. Kalau yang pernah naik mesti tahu. Bukit Larut sediakan jeep pergi dan balik untuk pelancong yang tak mahu nak panjat. jadi dia sediakan masa pergerakkan jeep. Jadi sis ambil dua tiket untuk mak sekali jam 10.30 am. Harga tak mahal RM10 sahaja. Jadi jeep akan bawa kita dan tunggu sampailah kita habiskan masa nak bergambar dekat atas. Tapi ada masa tau. 2 jam setengah je kita pergi dan balik.


Memang dah pesan dekat mak. Cakap dekat driver tunggu adik sampai. Risau la nanti turun sorang2. Kang hujan naya lagi. sebab sekarang musim hujan. tu pun gagah nak panjat ke atas.

 Okey track yang haiker lalu memang cantik. Tapi bagi pencatat masa. Sis cadangkan shootcut je laluan tu. sebab laluan dia zig zag. Jadi mula-mula sis lalu memang best tapi lama-lama letih la. Jadi baru terfikir ada laluan pintas setiap laluan. 

Kalau nak tahu setiap lencongan ada signboard. Fungainye nak mudahkan jeep honkan. Takut-takut ada orang berjalan tapi tak nampak. Yang sis hairan bila jeep lalu. dia tak hon. Selamatla jeep dia jenis bising. Dengar dari jauh. Time tu 10.50 am. memang yang naik tu mak sis. Siap dia lambai-lambai lagi. Dalam hati nak lari je minta tumpang. 
Yela.. tak sanggup jalan sorang-sorang. T_T
View ni dari atas bukit. Tapi boleh dengar lagi bunyi kenderaan yang lalu dekat bawah.


Rumah pertama yang korang akan nampak tea garden. tapi tak digunakan dah rasanya. seram.haha


 Bagi hiker yang biasa naik Bukit Larut semestinya dah tahu banyak jalan shortcut setiap arah.Jadi sis rasa dorang tak guna jalan tar tu. Kalau guna mesti 4 jam pendakian.
Banyak-banyak laluan hanya satu laluan je kita akan berjumpa air terjun ni. Tapi nak yang cantik. Ada korang akan nampak satu air terjun kalau dari jauh kita akan nampak dekat bukit tu. Tapi dengar-dengar bahaya nak masuk kawasan tu. jadi jarang orang mandi kat situ.

Haha. Nak dekat sampai dah. tiba-tiba nampak ketam. haha


Sis ingat Klinik Desa tadi. Rupanya banglo. yela dulu kan duduk dekat rumah cst warna ni. sensitif sikit tengok rumah ni.

.
.
.
Seriusly view ni cantik sangat. tenang je bila sampai sini. Sebenarnya puncak bukan dekat sini. Puncak Bukit Larut dekat pencawang. jadi sapa-sapa yang sampai sini hanya dapat tengok view bandar Taiping ke atas. Means sampai kelaut. Tapi Sapa- sapa yang sampai ke atas pencawang. Janji jangan panjat pencawang. akan nampak view belah Kuala Kangsar.


Batu wajib selfie. wakaka. abang jeep yang tangkapkan. 

Okey nak habaq. sis turun naik jeep tau. coz hari nak hujan. Tapi member sis semua tak percaya yang sis naik atas haiking sendiri. diorang cakap sis naik jeep. Tengok kaki la.
Hahax!


Okey. Lepas ni ingatkan nak naik Bukit Mas pulak. Sapa-sapa yang nak tahu bukit mas dekat mana. baca blog sis next tau.


Good night korang. 
Assalamualsikum. :*